PENGERTIAN WUDUK

ASSALAMUALAIKUM..MARI MENGETAHUI MAKNA WUDUK..

Image result for WUDHU


PENGERTIAN WUDUK,

Dari segi bahasa : Wuduk ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.


Dari segi syara‘ :  Wuduk bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.





ALLAH S.W.T berfirman:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.” ( Al-Maidah, Ayat 6 ) 

Sabda RASULULLAH S.A.W : "Tidak diterima Allah sembahyang salah seorang kamu jika ia berhadas (kecil) sebelum ia berwuduk." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


No comments:

Post a Comment